Sejarah Ringkas SK Sepri Tengah 3:28 AM

Sekiranya anda berkunjung ke Daerah Jelebu, pasti anda merasa terkejut jika terjumpa sebuah kampung yang bernama Kampung Sepri. Masakan tidak, anda barangkali menyangka bahawa Sepri hanya berada di Rembau, Negeri Sembilan.

Di sinilah terletaknya sebuah sekolah antara yang tertua di Daerah Jelebu. Dibina atas dasar gotong-rotong oleh penduduk kampung yang merasakan kepentingan pelajaran kepada anak-anak mereka. Sekolah ini telah dibuka pada awal tahun 1950an dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kampung Sepri. Pada awalnya, sekolah ini hanya membuka tiga kelas untuk murid Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3.

Bahang darurat yang melanda negara telah menyebabkan sekolah ini terpaksa ditutup akibat penguatkuasaan Undang-undang Darurat. Penduduk Kampung Sepri dipindahkan ke lokasi sekarang ini bagi menjamin keselamatan mereka.

Setelah daerah Jelebu bebas dari pada ancaman pihak komunis, sekolah ini dibuka semula dengan nama Sekolah Umum Sepri dan kemudiannya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Sepri Tengah kerana kedudukannya berada di tengah-tengah Kampung Sepri. En. Hussin seorang guru lepasan TUOS telah menjadi guru yang bertanggungjawab mengelola sekolah ini dari segi pentadbiran mahupun proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 1963 pula, murid-murid Darjah 3 sekolah ini, tidak lagi meneruskan persekolahan mereka di SK Teriang. Darjah 4 telah mula dibuka atas permintaan ibu bapa kerana jarak perjalanan yang jauh dan tiada kemudahan pengangkutan awam pada ketika itu. Pada tahun 1967, Darjah 5 dibuka untuk kemudahan murid-murid sekolah ini.

Masa berlalu membawa pelbagai perubahan. SK Sepri Tengah mula mengalami perubahan dengan pembinaan bangunan 2 tingkat untuk pentadbiran, dua blok untuk kelas, kantin dan sebuah makmal ICT turut dibina untuk kemudahan semua murid.

3:26 AM

Guru Besar
Pn. Fatimah Binti Ibrahim
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Pn. Fuziah Binti Alias
Guru Penolong Kanan HEM
Pn. Mahsuri Binti Mat Nasir
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Hasnah Binti Mohd Taib Guru
Pusat Sumber Sekolah
En. Norzaman Bin Abu Hassan
Guru BM/Penyelaras ICT
En. Norzaman Bin Abu Hassan
Guru Disiplin/Pengawas
En. Mohd Rasid Bin Zamani
Guru MT/KT En. Mohd Shafie Bin Che Mohd Salleh
Guru Seni Visual/EMIS
Cik Nur Azida Binti Zubir
Guru Pem.Khas/BM/KT
Pn. Salwa Binti Halim@Saad
Guru Thn 1/Muzik
Pn. Sartinah Binti Ariffin
Guru Thn 2/PI
Pn. Siti Binti Pilus
Guru Thn 3/BM
En. Hazril Sharizal Bin Hawari
Guru Thn 4/MT/BI
Pn. Marina Binti Mahadi
Guru Thn 5/PI/SN/BA
En. Muhamad Faisol Bin Zaini
Guru Thn 6/BM
Pn. Norlaila Binti Rasat
Guru j-QAF
Cik Zasroiva Binti Saari
Pn. Ainon Binti Ismail
Pn. Hamidah Binti Abdul Malek
KAKITANGAN SEKOLAH
Pembantu Tadbir
Pn. Normah Binti Selamat
Pem. Am Rendah
Cik Zamilah Binti Yahya
Pekerja Ren. Awam
En Hassan bin A.S Menan Kutty
Pn. Sellamah a/p C.Vellai
Pn. Leelawati a/p C.Vellai
Pengawal Keselamatan
En. Abdul Majid Bin Othman

Keterangan logo 3:25 AM

Merah:-
Cekal dan tabah
Biru:-
Semangat patriotik
Hitam:-
Berani menempuh cabaran
Kuning:-
Negeri yang berdaulat
Obor:-
Prinsip Rukun Negara
Buku:-
Masyarakat berilmu
Bunga raya:-
Simbol Bunga Kebangsaan

Matlamat Sekolah 3:23 AM

Kami guru-guru dan kakitangan sekolah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. Memberikan layanan yang baik dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah.
  2. Mewujudkan warga yang berdedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, terlatih dan berketrampilan serta produktif.
  3. Memberi peluang kepada setiap murid untuk mendapat pendidikan yang baik dan cemerlang.
  4. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  5. Memastikan suasana dan akhlak baik, berbudi bahasa dan terkawal.
  6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran.
  7. Memastikan semua maklumat disampaikan kepada PPD dan JPNS dalam masa yang ditetapkan.
  8. Memastikan sekolah menyertai semua pertandingan kurikulum dan kokurikulum dalam peringkat luak, daerah, negeri dan kebangsaan.

Misi Sekolah 3:21 AM

Melahirkan insan yang baik dan sempurna yang memiliki serta menghayati ciri-ciri:

Percaya dan patuh kepada Tuhan,
Berilmu pengetahuan,
Berakhlak mulia,
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, dan Negara,
Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara,
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.